Pages

Friday, 26 October 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2012

SESUNGGUHNYA hari raya korban atau hari raya Aidiladha membawa erti yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di dunia ini. Ia juga dikenali sebagai hari raya haji, mengambil sempena Umat Islam yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci, Mekah. Menjelang hari mulia ini juga kita sering teringat kepada sejarah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail selepas menerima wahyu dari Allah supaya berbuat demikian. Peristiwa itu sebenarnya satu simbolik kepada umat Islam mentaati Allah dengan sanggup melakukan apa sahaja yang diperintahkanNya.

Peristiwa pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s memberi makna besar kepada seluruh umat Islam dan ia memperlihatkan sifat ketakwaan dan ketaatan seorang hamba Allah yang sanggup melakukan apa sahaja demi menegakkan agama Islam walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangan sendiri. Pada hakikatnya, pengertian korban bukan sekadar menyembelih binatang korban dan dagingnya disedekahkan kepada fakir miskin, tetapi falsafah korban itu merangkumi aspek yang lebih luas. Ini termasuklah pengorbanan antara seorang manusia dengan manusia yang lain dan secara individu, umpamanya pengorbanan isteri terhadap suami dan anak-anak, anak terhadap kedua ibu bapa, begitu juga ibu bapa yang sanggup berkorban demi anak-anak tercinta.

Namun dalam kehidupan hari ini yang kebanyakannya terlalu mengejar kemewahan dan kepentingan diri, masih adakah yang sanggup melakukan dan menaburkan pengorbanan semata-mata kerana Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment