Kali ni ako nak citer pasal HANTU plak.(Ini kali laaa...hehehe). Ako dulu mase kecik2 kalo sebut pasal hantu memang takot, tapi skang Ako pon mcm Hantu gak. Hantu ni sering dianggap sebagai roh atau semangat seseorang yang kekal di bumi selepas mati. Menurut Islam, roh orang yang mati tidak lagi tinggal di bumi, oleh itu hantu adalah jin yang mengganggu manusia. Di Barat mereka yang mempercayai hantu kadang-kala menganggap mereka
sebagai roh yang tidak aman selepas mati, dan dengan itu berkeliaran di
Bumi. Ketidakupayaan mendapat keamanan dijelaskan sebagai ada pekerjaan
yang belum selesai, seperti mangsa yang mencari keadilan atau dendam
selepas mati. Hantu kat Malaysia ni ade macam2 jenis; ade Hantu Raya, Hantu Penanggal, Hantu Pocong, Pontianak, Lori Hantu, Pengundi Hantu, Burung Hantu, Hantu facebook dan sebagai nya. Kat bawah ni Ako nak huraikan ape asal-usul mereka satu persatu.
1. HANTU RAYA
Ni Raja segala Hantu ni. Hantu Raya ni dulu mase dia masih hidup dia Raja jalanraya atau Samseng jalanan macam Mat rempit la tuh , suke berlumbe bawa motor laju2 . Bile dah mati kat jalanraya dia jadi Hantu Raya plak( Takde kaitan dengan Hari Raya-Jangan salah Paham).
(Kalo Waktu malam Tetibe Motorsikal Rase Berat Ade la tu)
2. HANTU POCONG
Adalah Sejenis Hantu Yang berbentuk Mayat yang dibungkus menggunakan kain kafan. Bergerak dengan meloncat2 seperti Hantu Cina dan bergerak laju mengalahkan kereta FERRARI. Kalo nampak Hantu ni korang Perlu lari Bersilang2 dan melucut semua pakaian korang. Sebab Hantu ni takut kalo nampak orang berbogel. Hantu ni dulu mase dia Hidup dia suke SHUFFLE (kaki shuffle la ni), bile dah mati dia shuffle gak tapi meloncat2...
Ni dia Hantu Pocong Berehat lepas Penat Shuffle
3. PONTIANAK
Sejenis Hantu yang suka menghisap darah (bukan hisap Dara), Berambut panjang dan suka ketawa mengilai2. Dekat Barat Hantu ni dipangggil Vampire, di Indonesia Dipanggil Kuntilanak dan di Malaysia dikenali Langsuir. Pontianak suke tinggal kat pokok pisang, so kalo rumah korang banyak pokok pisang tu berhati2 lah ye. Mase hidup orang nye suke cekik darah orang, suka jual barang mahal2 dan suke tipu orang bile dah mati dia jadi pontianak pulak hisap darah orang.
Pontianak Posing Kat Motorsikal
4. HANTU FACEBOOK
Ini bukan Hantu la, tapi gelaran untuk orang yang asyik bermain Facebook tengah malam seperti korang tu...hahahaha. Mcm spesis burung Hantu sanggup bersengkang mata merapu chating kat facebook. Ade yang online sampai subuh, tah ape yang dichat dalam FB tu(citer Hantu kot)..astaga.
OK dah abiz citer. Ako nak rehat dah, sakit mata asyik mengadap PC je, nak jadi HANTU BLOGGER plak dah..Jumpe lagi..
lagi 2 jenis hantu tu xnak kasi story ke?? lori hantu n pengundi hantu tu?? banyak kot berkeliaran kat mesia ni. hoho..
ReplyDeleteoh..baru ku tau asal-usul hantu2 kat atas ni. lol. XD
*sila remove word verification. caranya, pergi ke settings -> posts & comments -> kat bahagian comments tu tukar;
1. comment location : popup window
2. show word verification : No
yang lain dah okay.. kot buat masa ni. sekian. ;D
aku hantu kelawar. suka lepak malam.
ReplyDeletewah! Haris Khairuddin komen!! hebatkkk!! hihi! :P