Berikut adalah kajian yang ako buat sendiri mengenai kaitan sikap dengan bulan kelahiran member ako sendiri..
JANUARI
Mereka yang lahir pada bulan ni mempunyai sikap yang agak pemalu dan pendiam tetapi mudah dirangsang (Terangsang!! erkk macam mane tu ye??..hehehe). Walau bagaimana pon dia seorang yang romantik, setia dan pandai mengambil hati dan jantung orang..terbaek la..hahaha. Dia juga seorang bercita2 tinggi..setinggi gunung kinabalu..Wahhhh tinggi tu. Tapi masalah dorang ni mempunyai tabiat yang kuat cemburu buta dan suka duduk kat umah je main Facebook (kaki bangku la tu atau terkini dipanggil kaki sofa). Dai juga jenis orang yang suka mencari kelemahan orang lain dan mulut laser suke mengkritik. Penyakit yg kerap menyerang budak yg lahir bulan ni ialah SELSEMA ( selsema burung kot atau selsema telur...hehe)
FEBRUARI
Mereka yang lahir pada bulan ni merupakan seorang yang bijak dan pintar mcm ako...eceh prasan..haha. berpewatakan yang mudah berubah (siang jadi manusia ,malam bertukar jadi hantu raye-merempit kat jalanraye). Dia ni jenis yang keras hati, keras kepala, keras ape je yang patut...hehe. Dia juga tak suke dikongkong dan mudah memberontak...yeahh jadi pemberontak la pulak. suka berhibur (kaki clubbing ni) dan suke kegiatan sukan lasak seperti mendaki pokok petai kat blakang umah( huh!!...bukan tebiat ako ni...salah orang). Masalah dorang ni terlalu boros@ kaki shopping (ade awek camni pokai cikai la ako) dan pecaye bende2 tahyul..astaga..bahaya ni.
MAC
Mereka yang dilahirkan pada bulan ni mempunyai sikap yang sangat baik, jujur, pemurah dan simpati. Dia juga seorang yang suke membantu, suke berdamai, tidak cepat marah dan tahu mengenang budi dan membalas budi. Disamping itu, mereka juga senang didampingi dan sangat manja (anak manja). Hobi dorang ni suke melancong dan suke berangan2 ( nak jadi Jutawan kunun..hehe)
APRIL
Mereka yang lahir bulan ni sangat berani dan tiada perasaan takut, Kalu suruh terjun dari pokok kelapa pon dia brani). Dia juge suka diberi perhatian (minta kene puji la ni) dan pandai memujuk( berhati2 jangan termakan pujuk dia nanti merana). Dorang ni juga bersifat pendendam dan cepat beremosi, agresif , dan kuat cemburu. Penyakit dorang ni sakit kepala (sebab kalo marah dia tanduk dinding )dan sakit buah dada..apakah???
MEI
Mereka yang lahir bulan ni jenis orang yang keras hati dan tegas tapi mudah dipujuk. Dia juga suka bekhayal macam mimpi disiang hari. Selain itu dia juga seorang yang mempunyai pemikiran yang tajam dan pandai berdebat ( ni kalo masuk politik dan debat ngan PM mesti menang). Dia juga seorang yang rajin dan bersemangat tinggi dan tak suke duduk diam. Dia juga agak boros orang nye. Boleh kawan sama budak lahir bulan FEbruari tu hah...kaki shopping.
JUN
Mereka yang lahir bulan ni mempunyai sifat yang suke menangguh2 mase seperti menangguh hutang. Berperangai lemah lembut tapi bukan maknyah. Suka memilih dan mahukan yang terbaek je ( cerewet betul budak ni). Suka berlawak dan bergurau senda ( lebih kurang mcm nabil raja lawak tu kot). Sorang yang mudah berkawan dan punya ramai kawan sekepala dan sekutu (mcm kutu kepala). Dia juga cepat sensitif dan mudah bosan. Hobi dia suke berkemas...(kalo member dengan budak ni untung sebab dia suke kemas barang kite). Dorang ni pula jenis orang yang sangat degil dan keras kepala...(mana satu kepala keras). Suke beli barang berjenama terkenal( habis satu kedai dia sapu kalo nampak barang berjenama terbaru)
JULAI
Mereka yang lahir bulan ni jenis orang yang lurus dan tak suke menyusahkan orang lain. Tak suke berdendam dan mudah memaafkan orang....alhamdulliah. Dia juga suke terkenang peristiwa lama dan banyak simpan gambar2 lama, surat khabar lama, seluar dalam lama...pitam. Dia suke belajar (budak genuis) dan rajin bekerja. Tidak agresif dan suke mendiam diri. Peramah dan pandai jaga hati dan jantung orang..suke membimbing dan makan belimbing. Mudah terberak dalam seluar sebab selalu sakit perut.
OGOS
Mereka yang lahir bulan ni bersikap bersopan santun dan berbudi bahasa. Bersikap tegas, cepat marah dan cepat merajuk. Suka orang puji dia ( minta kene puji lagi) dan ego. Dia juga jenis orang yang berani dan cepat berfikir. Suka mengarah , memimpin tapi tak suka di arah. Pandai berdikari dan pandai memujuk orang. Berbakat seni terutama nya melukis, habis dinding rumah dia conteng dengan lukisan termasuk melukis kat muka kucing dia. Hati2 kawan dengan orang ni, silap2 muke korang kene lukis mase korang tidor nanti.
SEPTEMBER
Mereka yang lahir bulan ni mempunyai sikap yg suke berjimat cermat dan banyak berfikir. kalo kawan dengan budak ni mesti kaya raye sebab dia tak boros. Dia juga suke menegur kesilapan orang, mengkritik tapi sangat baik. Sangat mudah belajar dan suka mencari maklumat. Suke berahsia dan pendiam (diam2 ubi berisi ni). Dari segi pasangan, dia ni suke memilih, nak yang cantik, lawa dan seksi, padahal muke die macam jeruk petai je.
OKTOBER
Mereka yang lahir bulan ni jenis orang yang tidak pandai berbohong dan berpura-pura.(bahaya nak kasi tahu rahsia kat orang camni ni, silap2 satu tempayan rahsia kite dia kasi picah). Suke buat lawak dan berbual kosong sampai berjam2 (kalo lepak dengan budak ni kene bawa tilam bantal) . Suka ambil jalan mudah (short cut), tak nak berfikir panjang (short think..haha bantai je). Pentingkan diri sendiri dan tidak menolong orang kecuali diminta. Kalo tengok member pengsan kat tepi jalan dia lalu je tak tolong kecuali member dia tersedar dan panggil dia tolong....aishhh malas ako nak layan budak ni). Mudah patah semangat, cemburu, terusik hati dan cepat marah. Dari segi percintaan, dia jenis yang romantik dan sangat mengambil berat orang lain.( romantik kalo pengsan tak tolong watpe..sengal dowh.)
NOVEMBER
Mereka yang lahir bulan ni memang seorang yang bijak kerana kepala dia penuh dengan idea2 baru..seperti banyak idea untuk kencingkan kawan dia. Apabila nak sesuatu dia akan berusaha sedaya upaya sampai dapat. Jenis orang yang berfikiran kehadapan je (bukan main belakang). Suke berahsia dan mengorek rahsia orang lain ( sesuai jadi Penyiasat ). Dia ni memang jenis degil dan keras kepala otak dia. Tak suke marah kecuali terpaksa dan dipaksa. Bercita2 tinggi dan perangai tidak mudah diramal. Kene blajar kaji cuaca baru dapat meramal perangai dia ni. Kurang bercakap tapi mesra alam dan jujur sejujurnya. Tak suke kene puji ( jangan kau brani puji durang ni , silap2 muka kene tumbuk).
DISEMBER
Mereka yang lahir bulan ni sangat setia dan pemurah. Dia juga jenis orang yang suke bercakap dan berlawak. gemar bergaul dengan orang lain dan seronok didampingi. Dia juga jenis orang yang kalam kabut dan kurang sabar( so jangan cube menggugat kesabaran dia ni). Walaupun kurang sabar tapi dia jenis orang bertolak ansur ( bukan tolak hancur). suke mempengaruhi orang lain dan pandai bermain dengan kata2..Suka dipuji dan tak pandai berpura2..tak suke dikongkong dan tak suka diarah orang. Cepat marah tapi cepat cool juga. Seorang yang bercita2 tinggi , setinggi gunung kinabalu...