Pages

Saturday, 10 November 2012

NILAI HATI KITA

          HATI Adalah cermin kepada segala perbuatan. Setiap kali kita melakukan sesuatu, Tanpa kita sedari, hati kita akan mencerminkan niat sebenar daripada perbuatan kita itu. Kalau hati kita baik, maka perbuatan kita juga sudah semestinya baik begitu juga sebaliknya. Berbeza dengan perbuatan, walaupon perbuatan kelihatan baik, belum tentu hati kita baik. 

Ibadah kita bertujuan melembutkan hati kita. Hati yang lembut itulah yang akan menyelamatkan kita ketika di akhirat nanti. Manakala hati yang kasar dan keras adalah hati yang tertutup dari segala kebenaran. Seluruh amal ibadat kita seperti puasa itulah sebenarnya untuk menggarap hati menjadi baik. Tujuan berpuasa adalah untuk mendapat kemampuan mengendalikan diri atau taqwa. Orang yang bertaqwa memiliki keteguhan hati untuk selalu berbuat baik dan menjauhi yang buruk. Manakala orang yang hatinya ada rasa hasad dengki, pembohong, pembenci, pemarah dan pendendam dikatakan memiliki hati yang berpenyakit. Hati yang berpenyakit kalau tak segera diubati akan menjadi keras, membatu , tertutup dan akhirnya mati. Mereka yang biasa melakukan kejahatan, hatinya tidak lagi peka terhadap keburukannya. Sesuatu yang sudah mengeras menjadi batu sudah tentulah sukar untuk dilembutkan semula kerana sifat batu itu melainkan dihancurkan. Begitu juga dengan hati, setelah tertutup ia tidak boleh lagi menerima petunjuk.  Akhirnya ia akan mati dan tak berfungsi lagi.




Justeru itu, kita wajib menjaga HATI seperti menjaga harta yang tidak ternilai harganya. Kita tak ingin hati itu rosak disebabkan kotoran yang tidak dibuang. Kita tidak akan mempunyai hati yang kedua, yang boleh mengganti HATI yang mati. Bagaimanapun, kita mampu menghidupkannya kembali dengan iman dan taqwa.












No comments:

Post a Comment